TIP-TIP PENJIMATAN ELEKTRIK 2
2. TIP#2 - Cara Untuk menjimatkan elektrik (mudah)
- Tinggikan sedikit suhu aircond (contoh dari 18C kepada 20C)
- Tutup suis alat alat elektrik ketika tidak digunakan.
- Kurangkan atau kawal penggunaan alat elektrik yang tinggi wattage seperti aircond, water heater, seterika, oven dan lain-lain.
- Untuk Washing Machine, kumpul dahulu basuhan supaya dapat mengurangkan ulangan basuhan yang sedikit.
TIP #3 (1) - Cara untuk menjimatkan elektrik (memerlukan kos)- Tingkatkan power factor elektrik dengan memasang capacitor bank (untuk bil elektrik yang tinggi dan mempunyai alat elektrik yang sensitive) atau home unit capacitor (kos yang rendah). Sila pastikan anda membeli produk yang berkualiti dan mempunyai jaminan disamping servis selepas jualan.
- Tukar alat elektrik kepada alat elektrik yang kurang wattage tetapi berfungsi sama seperti sedia ada seperti Energysaving Lights, Aircond ber-inverter dan lain-lain. Kos penukaran agak tinggi kerana setiap energysaving alat elektrik berharga lebih mahal daripada biasa, tetapi disarankan untuk digunakan untuk tempat-tempat yang baru dibuat atau semasa alat elektrik itu sudah rosak. Pastikan juga anda membeli produk yang berkualiti dan mempunyai jaminan yang panjang.
- Periksa wiring dan perbaiki wiring (contoh ketatkan screw connection di main fuse) bagi wiring yang lama dan tidak sesuai. (sila dapatkan nasihat juruelektrik yang bertauliah)
No comments:
Post a Comment