Labels

FOLLOWERS

Saturday, December 24, 2011

FOMULAR ELEKTERIK

TIP-TIP PENJIMATAN ELEKTRIK 3

TIP #3 (2) - Cara untuk menjimatkan elektrik (memerlukan kos)

  • Pastikan pembahagian elektrik yang betul dari main fius yang betul (seperti looping antara air-cond dan suis yang lain) dan juga jenis wire yang betul kerana kesilapan pembahagian dan wayar yang salah boleh menyebabkan trip dan wire jadi panas (lebihan tenaga akan terbuang begitu sahaja) (sila dapatkan nasihat juruelektrik yang bertauliah)
  • Tukar kepada 3 phase sekiranya bil elektrik anda amat tinggi.
  • Sekiranya anda menggunakan 3 phase, pastikan pembahagian elektrik bagi 3 phase adalah seimbang
  • Tambah sub-control switch untuk meningkatkan efieciency alat elektrik seperti tambah timer, tambah aircond energysaver, motor controller dan lain-lain.
  • Periksa berterusan dengan menggunakan sub-metering, check dengan menggunakan clamp meter dan periksa bil dengan terperinci (contoh kiraan bil elektrik sehari)
TIP #4 - Cara untuk menjimatkan elektrik dengan menggunakan tenaga alternatif
(banyak artikel dalam internet yang membincangkan perkara ini dengan terperinci)
  • Solar
  • Angin

PERINGATAN!!!
Sila dapatkan khidmat nasihat dari juruelektrik bertauliah sekiranya memerlukan pendawaian baru atau pemasangan alat elektrik yang baru kerana BAHAYA KESILAPAN boleh membawa maut.

TIP-TIP PENJIMATAN ELEKTRIK 2

2. TIP#2 - Cara Untuk menjimatkan elektrik (mudah)


  • Tinggikan sedikit suhu aircond (contoh dari 18C kepada 20C)
  • Tutup suis alat alat elektrik ketika tidak digunakan.
  • Kurangkan atau kawal penggunaan alat elektrik yang tinggi wattage seperti aircond, water heater, seterika, oven dan lain-lain.
  • Untuk Washing Machine, kumpul dahulu basuhan supaya dapat mengurangkan ulangan basuhan yang sedikit.
TIP #3 (1) - Cara untuk menjimatkan elektrik (memerlukan kos)
  • Tingkatkan power factor elektrik dengan memasang capacitor bank (untuk bil elektrik yang tinggi dan mempunyai alat elektrik yang sensitive) atau home unit capacitor (kos yang rendah). Sila pastikan anda membeli produk yang berkualiti dan mempunyai jaminan disamping servis selepas jualan.
  • Tukar alat elektrik kepada alat elektrik yang kurang wattage tetapi berfungsi sama seperti sedia ada seperti Energysaving Lights, Aircond ber-inverter dan lain-lain. Kos penukaran agak tinggi kerana setiap energysaving alat elektrik berharga lebih mahal daripada biasa, tetapi disarankan untuk digunakan untuk tempat-tempat yang baru dibuat atau semasa alat elektrik itu sudah rosak. Pastikan juga anda membeli produk yang berkualiti dan mempunyai jaminan yang panjang.
  • Periksa wiring dan perbaiki wiring (contoh ketatkan screw connection di main fuse) bagi wiring yang lama dan tidak sesuai. (sila dapatkan nasihat juruelektrik yang bertauliah)

TIP-TIP PENJIMATAN ELEKTRIK 1

Konsep

  1. Bagaimana untuk menggunakan elektrik secara efisien
  2. Bagaimana unuk mengurangkan lebihan penggunaan tenaga
  3. Bagaimana dapat mengurangkan penggunaan elektrik yang kurang tanpa mengurangkan / merencatkan fungsi alat-alat elektrik.

Tip-Tip

1. TIP #1 - Kenalpasti dimana lebihan tenaga berlaku dan sebab-sebabnya.
  • Punca elektrik yang tidak stabil (Power Factor yang rendah)
  • Tiada pengawalan penggunaan terutama bagi alat elektrik yang tinggiwattage seperti aircond, heater mandi, oven, seterika dan lain-lain.
  • Penggunaan alat elektrik yang kurang berkualiti
  • Wiring yang tidak sempurna
  • Untuk aircond, selalunya aircond akan membuatkan suhu bilik lebih sejuk daripada suhu yang telah ditetapkan (temperature overshooting)

Tuesday, December 20, 2011

JENIS - JENIS LITAR ELEKTRIK

Litar elektrik merupakan suatu susunan pengalir atau kabel untuk membawa arus dari punca bekalan voltan ke komponen-komponen elektrik (beban). Ianya terbahagi kepada dua iaitu:

1.Litar Lengkap
Ia juga dikenali sebagai litar asas atau litar mudah (Rajah 1.1). Ia merupakan suatu penyambungan tertutup yang membolehkan arus mengalir dengan sempurna iaitu arus mengalir dari bekalan dan balik semula ke bekalan tersebut. Litar-litar tersebut mestilah terdiri daripada voltan bekalan (V), arus elektrik (I) dan rintangan (R).

2. Litar Tidak Lengkap
Litar tidak lengkap ialah litar yang mengalami kekurangan salah satu daripada tiga perkara tersebut iaitu samada voltan bekalan atau rintangan beban. Pengaliran arus tidak akan berlaku dengan sempurna pada litar tidak lengkap. Litar tidak lengkap terbahagi kepada dua ;

3. Litar buka - litar dimana punca beban dalam litar tersebut dibuka. Oleh itu tiada pengaliran arus berlaku. Nilai rintangan dalam litar adalah terlalu tinggi. Rajah 1.2 menunjukkan satu contoh litar buka.

4. Litar pintas - sambungan pada punca bebannya dipintaskan dengan menggunakan satu pengalir yang tiada nilai rintangan. Ia ditunjukkan seperti Rajah 1.3 Arus yang mengalir adalah terlalu besar. Biasanya jika berlaku litar pintas, fius akan terbakar