Labels

FOLLOWERS

Tuesday, May 17, 2011

Faktor Kuasa





Oleh Jeffry Freddory, Juruelektrik

FAKTOR KUASA

Am

Faktor kuasa adalah satu angka atau peratus yang menggambarkan kecekapan
sesuatu alat elektrik menggunakan kuasa elektrik. Kuasa masukan kepada sesuatu
alat atau mesin elektrik tidak seratus peratus boleh diperolehi pada bahagian keluaran alat mesin tersebut. Sebahagian dari kuasa masukan tersebut akan digunakan atau hilang di dalam alat mesin itu. Oleh itu kuasa keluaran mestilah kurang daripada kuasa masukan dan ia digambarkan dengan angka 0 hingga 1.

Faktor kuasa maksima ialah 1. Ini bermakna 100% kuasa masukan boleh diperolehi
sebagai kuasa keluaran. Alat-alat yang bersifat resistive tanpa apa-apa gelung di
dalamnya seperti mentol filemen, pemanas air, seterika elektrik selalunya mempunyai
faktor kuasa 1.

Alat-alat yang mengandungi gelung iaitu bersifat induktif seperti cok, ballast, motor elektrik, alternator dan alatubah mempunyai faktor kuasa yang kurang daripada satu (1). Ini disebabkan gelung memerlukan kuasa untuk mewujudkan medan magnet
sebelum alat-alat tadi dapat berfungsi. Faktor kuasa yang boleh diterimapakai oleh
semua pihak iaitu pembekal kuasa dan pengguna serta pembuat barangan elektrik
ialah tidak kurang daripada 0.85.

Jenis-Jenis Beban

a. Beban Resistive
Beban jenis ini hanya mengandungi rintangan tulin di dalamnya. Tiada
gelung terdapat di dalam alat ini. Selalunya beban resistive akan
mengeluarkan haba atau cahaya atau kedua-duanya sekali, tiada medan
magnet dan tiada daya mekanikal terhasil. Contohnya lampu pijar, cerek
elektrik, streka elektrik dsb.
b. Beban Induktif
Beban induktif mempunyai gelung. Gelung digunakan untuk menghasilkan
medan magnet dan seterusnya menghasilkan daya mekanikal. Kuasa
diperlukan untuk menghasilkan medan magnet. Kuasa ini disebut juga
sebagai magnetizing power


Kadaran Denda Faktor Kuasa Rendah

Jika Faktor kuasa kurang daripada 0.85 bagi satu-satu bulan denda yang dikenakan
adalah seperti berikut :-

1. Jika Faktor kuasa di antara 0.85 hingga 0.75 - setiap 0.01 yang kurang akan
dikenakan denda 1.5% dari jumlah bil elektrik bulan tersebut.
2. Jika Faktor kuasa di antara 0.75 -setiap 0.01 yang kurang akan dikenakan
denda 3 % dari jumlah bil. elektrik bulan tersebut dan dicampur dengan jumlah
di bahagian satu (1) di atas.
Contoh pengiraan.

MD = 100KW
KWh = 65.000 unit
KVARh = 85.000 unit
Bil bulanan = RM 18.500

Kira caj denda yang dikenakan jika Faktor kuasa 0.61

1. ( 0.85 – 0.75 ) ÷ 0.01 = 10 x 1.5 % = 15 %
2. ( 0.75 – 0.61 ) ÷ 0.01 = 14 x 3 % = 42 %
Jumlah denda = 15 + 42 = 57 %

= 57 ÷ 100 x RM 18,500.00

= RM 10,545.00
Jumlah bayaran bil bulan ialah RM 18.500.00 + Jumlah bayaran caj denda faktur kuasa rendah RM 10.545.00

2 comments:

Adzrien Shoppe said...

subjek paling akak tak suka dulu tau.. result cukup makan je.

usaha naza enterprise said...

yelh kak,sakit kepale sikit nek mengirenye kan,tp sekarang dah senang sbb pakai sistem